Change Your Life bersediabelajar On 22.52 Perubahan Hidup 1 : Kemenangan tidak mencukupi by Tom Lehman Kekecewaan saya semakin terasa ketika saya melihat pukulan menjuruskan bunker di bahagian lubang terakhir, dan dengan itu menjejaskan peluang saya untuk memenangi juara 1994. Tetapi itu hanyalah permulaan dari kekeciwaan saya. Dua tahun berikutnya saya masih gagal memenangi terbuka A.S, setelah selesai dengan tempat kedua setiap perlawanan. Saya bergumul dengan keraguan peribadi, dan geram mendengar kritikan yang mengatakan: bahawa saya tidak akan pernah menang perlawanan yang besar. Keraguan Peribadi Merasakan keraguan peribadi bukan baru bagi saya. Ketika saya berusaia 15 tahun, pasukan ‘football’ kami memenangi kejuaran peringkat negeri. Saya pemain barisan ketiga bagian belakang tetapi duduk di bangku simpanan sepanjang permainan. Ketika kami kembali kekota, kami adakan perarakan yang besar, kembali ke gym sekolah untuk mengadakan rali pep. Setiap orang merasa gembira. Saya pula merasa terasing kerana saya tidak berpeluang membantu pasukan kami menang. Saya benar-benar merasa gagal. Apa makna hidup? Saya telah berusaha sedaya upaya. Saya telah berusaha menjadi baik kepada orang tua, dan kepada kawan-kawan, dan juga kepada Tuhan. Namun, dengan setiap kegagalan saya merasa semakin teruk. Saya berfikir, 'Apa sebenarnya makna hidup? Mengapa saya ada di sini? Mengapa saya terlalu kecewa?' Jurulatih saya seorang Kristian dan dia menjemput saya menghadiri satu pertemuan yang dihadiri oleh atlet-atlet sukan. Itulah pertama saya mendengar orang berbicara tentang Tuhan dan penerimaan tanpa syarat. Itulah yang saya rindukan, saya ingin di kasihi dan dihargai, tanpa mengira kegagalan saya. Bersama dengan Tuhan, tiba-tiba saya merasa diri saya berguna. Saya berharga bagi Yesus, sehingga dia sanggup mati bagi saya. Itu menyedarkan saya bahawa hidup ini penting. Perubahan dan Penerimaan Saya menjemput Tuhan masuk dalam hidup saya. Perasaan bersalah hilang. Air mata kegembiraan mulai mengalir. Rasa damai dan kepuasan memenuhi hidup saya. Tidak lama selepas saya kalah dalam dua terbuka A.S, saya memenangi terbuka Bitish dan Kejohanan Lawatan PGA. Saya dikategorikan pemain terbaik dunia. Saya fakir kemenangan boleh membuat hidup saya lebih baik tetapi saya masih ada masalah. Alkitab berkata, hidup manusia seperti rumput dan kemasyuran mereka ibarat bunga di taman. Rumput menjadi layu, dan bunga menjadi pudar. Saya rasa hidup saya seperti itu, Kemenangan memang hebat tetapi ianya tetap kosong. Malah kemegahan atas kemenangan terbuka British pun akan pudar. Oleh itu, apa yang boleh bertahan? Perhubungan dengan Tuhan dan orang lain boleh bertahan. Itulah yang memberi makna kehidupan. Tidak kira apa orang kata terhadap saya, isteri dan anak-anak saya tetap merasa bahawa saya hebat. Mereka mengasihi saya. Namun, yang terpenting adalah Allah mengasihi saya. Malah, dia satu-satunya yang paling utama bagi saya. Perubahan Hidup 2 : Jalan aneh menuju kejayaan by Joe Gibbs Saya ingin menjadi seorang jurulatih bola sepak lebih daripada apa-apa pun. Saya fikir kerjaya ini boleh memberikan saya segala-gala yang saya ingini dalam hidup -- kekayaan, kedudukan tinggi, prestij. Keinginan inilah menjadi segala-galanya dalam hidup saya. Pada tahun 1972, saya bertemu dengan George. Dia seorang yang berbadan kecil, rendah hati, dan berasa tenang dengan dirinya sendiri dan dengan dengan Tuhan. Waktu kami bersama menyebabkan saya sedar bahawa walaupun saya meminta Yesus memasuki hidup saya ketika kecil, saya tidak pernah menjadikan Dia prioriti utama. Saya tahu saya harus berubah. Walaupun saya mengabdikan diri sekali lagi kepada Kristus, saya enggan mempercayakan kerjaya saya kepada-Nya. Pada tahun 1978, setelah bertahun-tahun lamanya bertukar-tukar kerja, saya akhirnya berpeluang untuk menjadi ketua jurulatih. Tetapi malangnya, peluang itu terlepas kerana kami ditewaskan dalam 12 daripada 16 perlawanan pada musim itu. "Tuhan, saya menyerahkan keinginan saya untuk menjadi ketua jurulatih kepada Engkau kali ini," saya berdoa. "Mulai dari sekarang, kerjaya saya berada di dalam tangan-Mu." Dua tahun kemudian, saya menjadi ketua jurulatih untuk Washington Redskins. Pada tahun 1983, untuk pertama kalinya saya memenangi Kejuaraan Superbowl. Dengan serta-merta tanpa mempercayai Tuhan, saya menceburi bidang hartanah untuk mendapat kekayaan. Hakikatnya saya hampir bankrap. Mengenang kembali apa yang telah saya lalui, saya tahu Tuhan sedang mengajar saya bahawa kebahagiaan dan kejayaan tidak patut dijadikan objek buruan, tetapi merupakan bahan sampingan hidup yang diserahkan kepada Tuhan. Tuhan tidak kisah langsung tentang kemenangan dalam perlawanan bola sepak. Dia lebih mementingkan hubungan saya dengan Dia. Ini merupakan suatu pelajaran yang saya harus pelajari berulang kali. Tetapi Tuhan adalah setia dan melalui semua ini saya menjadi semakin kuat. Perubahan Hidup3 : Batu by Sue Stewart Seluruh hidup saya berdasarkan sehelai T-shirt yang tertulis: "Bola keranjanglah hidup saya, yang lainnya hanya perkara remeh." Saya akhirnya mencapai kemuncak karjaya bola keranjang saya. Semua pengorbanan, kerja keras, dan ketahanan akhirnya telah terbayar. Saya telah mengikuti Sukan Olompik pada tahun 1996. Kami mewakili nagara Kenada, berlawan dengan pasukan terbaik dunia, mengejar medal emas. Itu sahaja. Saya berfikir bola keranjang boleh menutupi semua ketitaktenteraman saya. Saya memuja bola keranjang. Untuk memuja sesuatu bermakna ” menganggap sesuatu itu sangat berharga”. Saya menjadi seseorang kerana saya bermain bola keranjang. Saya diterima. Bola keranjang adalah identiti saya. Ia adalah seperti sesuatu yang saya boleh menaruh kepercayaan sepenuhnya- ia tidak pernah membuat saya jatuh, ia sentiasa ada di sana untuk saya. Saya percayakan bola keranjang. Ia menjadi dewa saya. Dua minggu sebelum Sukan Olimpik, kaki saya tercedera. Saya hanya duduk di samping garisan dan menonton pasukan saya berkerja keras mengharungi Sukan Olimpik dengan perasan yang kecewa dan hilang tempat pertolongan. Impian saya menjadi mimpi ngeri. Selepas perlawanan itu, bahagian kehidupan saya yang lain menjadi tidak menentu. Saya kehilangan jurulatih saya. Saya menjadi marah kepada dunia. Saya telah berubah daripada seorang yang bersemangat, bermotivasi, seorang yang peramah kepada seorang yang dingin, yang sebenarnya saya tidak sukai. Pada 1997, saya mengambil keputusan kembali ke Pasukan Kebangsaan dengan harapan membebaskan diri saya dari pengalaman Olimpik yang sangat menakutkan. Pasukan tersebut perlu untuk layak untuk Kejohanan Dunia. Ia sekali lagi musim panas yang mengecewakan.- kami mengalami kekalahan dan tidak melepasi kelayakan. Hanya satu perkara baik yang berlaku pada musim panas itu yang mana seorang rakan sepasukan saya menceritakan pengalamannya bersama Atlit in Action. Saya putuskan untuk ikut lawatan ke USA bersama Atlit in Action. Melalu AIAlah saya tahu bahawa perlu mempunyai hubungan peribadi dengan Yesus. Saya menyedari bahawa saya telah menyembah ciptaan. Sepatutnya saya menyembah Pencipta semua ciptaan. Saya membina kehidupan saya di sekeliling benda-benda yang mudah hilang. Saya memerlukan sesuau yang kekal. Yesus berkata, ” seorang lelaki yang bijaksana membina rumahnya di atas batu karang yang teguh, sebaliknya seseorang lelaki yang bodoh membina rumahnya di atas pasir yang mudah runtuh” . Di dalam bola keranjang, para pemain kadangkala merujuk pada bola sebagai ” batu karang”. Tetapi ini bukan batu karang yang berdiri teguh. Saya mempelajari bahawa kadangkala cara Tuhan dalam menarik perhatian kita adalah dengan menunjukkan kepada kita bahawa kita telah meletakkan keutamaan yang salah. Dia bertanya, ”Apa keuntungan sekiranya manusia memiliki seluruh dunia, tetapi kehilangan sesuatu yang bermakna dalam jiwanya ?” . Memang, adalah indah untuk menganggotai Pasukan Olimpik, tetapi ada lagi yang lebih lagi untuk hidup ini. Saya telah mebina hidup saya ke atas ”batu karang,” hanya menemukan bahwa ianya pasir yang sedang tenggelam. Sekarang, saya tidak lagi membina kehidupan saya ke atas bola keranjang. Yesus Kristus adalah batu karang. Dia dasar yang tidak boleh digoncangkan.Yesus Kristus adalah hidup saya. Artikel dikutip dari:http://kuasauntukberubah.com/ Related Posts:
“Terima Kasih Telah Memberikan Waktu dan Komentarnya. Sudi kiranya berkomentar lagi di posting saya berikutnya” – Salam > Bersediabelajar.